SUDUT 5S

Aluan Pengerusi

Image

Assalamualaikum w.b.t

Amalan kualiti 5S sangat sesuai dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Akademik kerana visi jabatan ini menjadi terbilang dalam bidang pengurusan akademik, termasuklah bidang pengurusan kemasukan pelajar, pengkuliahan, peperiksaan dan konvokesyen.

Amalan 5S merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat, sekali gus dapat meningkat kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja secara berterusan. Oleh sebab ianya perlu dijadikan budaya kerja maka amalan ini mesti diteruskan setiap hari. Jabatan ini juga akan menjadi kukuh melalui amalan berterusan 5S, walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa termasuklah pandemik COVID-19.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Jabatan Hal Ehwal Akademik kerana bersama-sama bergotong-royong menjayakan amalan 5S, termasuklah mencadangkan pelbagai idea untuk penambahbaikan dan inovasi untuk tahun 2022 ini.

Salam hormat.

AZIAN NAFIAH
Pengarah 
Jabatan Hal Ehwal Akademik

5S JHEA

JAWATANKUASA

BULETIN 5S JABATAN

Image

PERTANDINGAN 5S JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK

Baru-baru ini bersempena dengan Minggu Pengauditan 5S Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM), JHEA mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE peringkat dalaman yang telah dijalankan pada 22 Ogos 2022 (Isnin). Pertandingan telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Zon Terbaik dan Ruang Kerja Terbaik.

 

Untuk Zon Terbaik, tempat pertama dimenangi oleh Zon Jasmin dan tempat kedua adalah Zon Orkid. Manakala untuk Ruang Kerja Terbaik, tempat pertama telah dimenangi oleh Puan Noor Azizah binti Ahmad Tajudin dengan markah keseluruhan adalah 87.5%, tempat kedua dimenangi oleh Puan Nor Shahira binti Abdul Jabar dengan markah keseluruhan 86.11% dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Habibah binti Hashim dengan markah keseluruhan 84.72%. Para pemenang membawa pulang Sijil Penghargaan dan hadiah iringan sebagai tanda penghargaan di atas penat lelah dan usaha berterusan mereka. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Audit 5S Peringkat HEA, Cik Wan Norazlinda bt. Wanchik.

 

Sekian.