W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

Quick Link

SEMAKAN-KEPUTUSAN-KEMASUKAN-DIP-A172 2 Convo 30th-BI copy

Bersempena dengan Program Discover UUM 2016, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Hal Ehwal Akademik dan CIAC (KKRJHEA & CIAC) telah menganjurkan ?Program Kayuhan Hidup Sihat? di sekitar kawasan UUM baru-baru ini.

 

 

Kayuhan2016

Penyertaan itu telah menarik lebih 30 penyertaan dalam kalangan ahli KKRJHEA & CIAC.

Pengarah program, Muhammad Khairul Amri Ahmad berkata program itu memberi inspirasi kepada ahli bagi memupuk minat terhadap budaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal di samping menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di UUM.

?Kesedaran itu juga memupuk minat untuk menjaga alam sekitar, kesihatan dan mengurangkan kesesakan jalan raya melalui aktiviti berbasikal,? katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, selaku penasihat KKRJHEA & CIAC, Puan Rahimah Saad berkata program itu bertujuan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan staf, selain meningkatkan hubungan silaturrahim antara sesama staf.

Kayuhan santai itu bermula dari Pusat Sukan UUM hingga ke Puncak Vista serta kembali ke Pusat Sukan UUM.

Aktiviti ini merupakan program rekreasi pembuka tirai tahun 2016 dan akan dilaksanakan secara berkala pada setiap Hari Khamis oleh KKRJHEA & CIAC.

 Habis.

Visitor